Hello~welcome to my world^^

Please enjoy yourself ~

Tuesday, 6 December 2011

Kem Ketrampilan BSMM 2011



Saya telah menyertai suatu perkhemahan BSMM yang dianjurkan oleh AJK BSMM Kolej Keris Mas
di HPA UKM pada 2/12/2011 hingga 4/12/2011.

Tujuan perkhemahan BSMM ini adalah melatih peserta BSMM dalam segi praktikal.
Ini disebabkan belajar semasa duty slot BSMM tidak bermakna pelatih BSMM telah mahir dalam
pembalutan atau teori.

Dalam perkhemahan tersebut, para peserta (termasuk saya) telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.
Kumpulan saya adalah kumpulan 1 yang bernama Panadol dengan 7 ahli kumpulan lain. Gambar atas menunjukkan stesen game (mengenalpasti symptom pesakit dengan berkomunikasi dan pemeriksaan) .

Di samping itu, AJK telah merancangkan beberapa permainan ringan untuk kita. Gambar berikut telah diambil semasa permainan.


Pelbagai tema stesen game telah disediakan oleh para AJK BSMM seperti latihan kejadian bencana alam secara tiba-tiba (AJK memainkan peranan mangsa kemalangan tanah runtuh dengan kita yang memainkan peranan ahli BSMM yang memberi bantuan). Selepas latihan tersebut, barulah kita dapati bahawa belajar tidak sama maksud dengan praktikal. Pengetahuan yang kita belajar semasa duty slot tidak digunakan secara berkesan dalam kejadian tersebut kerana kita telah panik pada kejadian kecemasan tersebut. Selepas latihan kecemasan tersebut, AJK membuat pemerikaan pembalutan mangsa. Kita baru dapati bahawa kita telah membuat kesalahan yang tidak sepatutnya atau salah.

Selain itu, perkhemahan tersebut telah mengajar kita menggunakan ilmu pengetahuan kecemasan dalam kehidupan kita. Saya amat menghargai atas usaha AJK BSMM kita.


5 comments:

  1. kem ini memang berbaloi kerana kami dapat banyak pengetahuan~

    ReplyDelete
  2. saya berharap saya dapat join kem ini pada tahun depan....

    ReplyDelete
  3. kem ini nampak seronok je...nak join juga lain kali^^

    ReplyDelete
  4. nampak bestnya...memang berharap boleh join kem ni...

    ReplyDelete